Ads Top

Pendaftaran Aset Alih (Unit ICT) SJKC Kota Emerald

Perhatian kepada warga Guru dan pentadbir,

Unit ICT sedang menjalankan operasi pendaftaran aset alih (unit ICT) SJKC Kota Emerald. Diharapkan Guru-guru yang memegang peralatan ICT ataupun dibawah jagaan guru diwajibkan untuk mendaftarkan aset alih (unit ICT) sekolah.

Antara tujuan utama pendaftaran ini dilaksanakan ialah untuk mengemaskini Aset kerajaan serta mendaftarkan Kew.PA-3 di bawah arahan Guru Besar. Rekod dan tanggungjawab penjagaan adalah dibawah pegawai yang memegang dan menjaganya.

Antara perkakasan yang perlu diwujudkan pendaftaran aset alih (perkakasan ICT/ Komputer) sekolah termasuk:
  • Guru Kelas mendaftarkan set komputer Eco-smart kelas masing-masing.
  • Guru Kelas mendaftarkan Perkakasan OHP projector kelas masing-masing.
  • Guru Kelas mendaftarkan Touch-screen Eco-smart kelas masing-masing.
  • Guru pemegang Kamera mendaftarkan kamera dan hard disk yang dipegang.
  • Guru ICT mendaftarkan Netbook di bilik ICT, segala rangkaian network sekolah, perkakasan server, switch dan perkakasan komputer di ruang pejabat Guru.
  • Penolong Kanan mendaftarkan Komputer dan printer di pejabat masing-masing.
  • Guru Besar mendaftarkan komputer dan printer yang berada di pejabat.
  • Panitia mendaftarkan kelengkapan ICT di bilik masing-masing, cth. Bilik sains.
  • Guru Media dan perpustakaan mendaftarkan kelengkapan ICT di perpustakaan.

Pendaftaran boleh dibuat di:



Tarikh akhir pendaftaran: 19 Setember 2016 (Isnin)

Sebarang pertanyaan tentang pengisian ataupun kemuskilan boleh menghubungi En. Lim Li Wen ataupun En. Robin. Kerjasama guru dan staff dalam mendaftarkan aset alih Unit ICT sekolah didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Lim Li Wen
Ketua Unit ICT
SJKC Kota Emerald
Powered by Blogger.