Ads Top

Perancangan pencapaian KPI 20% program Frog VLE sekolah.

Kepada para pelajar dan guru-guru,

Unit ICT akan melaksanakan program peningkatan pencapaian KPI 20% sekolah sepanjang minggu Peperiksaan PKSR II sekolah iaitu bermula pada 9/5/2016 (Isnin) sehingga 13/5/2016 (Jumaat). Tujuan program ini dijalankan adalah supaya pencapaian KPI 20% seperti yang disasarkan oleh BTPN, PPD dan JPN Selangor akan dapat tercapai walaupun berada pada musim  peperiksaan. Bilik ICT akan beroperasi bermula pada 7:00-7:30 a.m. bagi memudahkan murid yang datang awal ke sekolah untuk melayari laman Frog VLE masing-masing. Murid-murid digalakkan untuk mengunjungi bilik ICT untuk melayari laman Frog VLE masing-masing pada waktu tersebut.

Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang pertanyaan tentang program ini, sila rujuk kepada En. Lim Li Wen ataupun En. Robin Lee.

Harap maklum.

Lim Li Wen
Penyelaras ICT
SJKC Kota Emerald
Powered by Blogger.